Thursday, 26 October 2017


lagu aku usya dia by syarifuddin-didi
lagu ini di ilhamkan dari lagu aku suka dia tapi liriknya syae dah tukar separuh saje harap semua terhibur dengan lagu saye ini.
harap maklom suare kurang sedap sikit..

Sunday, 15 October 2017

Nak Jadi InstaFamous? Ikuti 3 Langkah Mudah Ini

Nak Jadi InstaFamous? Ikuti 3 Langkah Mudah Ini
Sumber gambar: aescripts.com
Adakah anda kecewa kerana anda tidak mempunyai pengikut Instagram yang ramai?
Jika anda ingin menjadi seorang InstaFamous, anda perlu beri tumpuan kepada bagaimana untuk jadikan gambar anda dalam perhatian orang ramai.
Walaupun ia memakan banyak kerja dan masa untuk mendapatkan beribu-ribu pengikut, dan matlamat anda sendiri mungkin berbeza, tetapi Instagram akan menjadi lebih menyeronokkan apabila lebih ramai orang mengikuti anda!
Jadi mari kita lihat pada tiga langkah-langkah yang anda perlu ikuti untuk menjadi idola di Instagram.

Langkah 1: Bina Feed Instagram Yang Unik

Sumber gambar: bandt.com.au
Langkah pertama adalah untuk jadikan profil Instagram anda kelihatan hebat.
Tiada siapa yang akan mengikuti profil yang kosong atau yang mempunyai imej tidak berkualiti.
Jika matlamat anda adalah untuk mempamerkan fotografi anda, ia adalah amat penting untuk memastikani gambar yang anda akan post kelihatan berkualiti.
Ianya jauh lebih baik tidak menghantar apa-apa daripada menghantar satu gambar yang tidak berkualiti.
Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah memuat naik kira-kira 15 – 20 daripada imej anda yang terbaik.
Jika anda tidak mempunyainya sebanyak itu, teruskan usaha untuk dapatkannya, dan pastikan anda post hanya gambar yang berkualiti tinggi dan eye catching.
Untuk menjadi seorang yang popular di Instagram, ia adalah penting untuk anda post jenis gambar yang pengikut anda ingin lihat, seperti ganbar pantai atau matahari terbenam.
Jika anda ingin mendapatkan lebih banyak pengikut di Instagram, ia adalah idea yang baik untuk hantar jenis gambar yang mudah untuk mendapat banyak likes.

Langkah 2: Pastikan foto Instagram anda dilihat semua orang

Sumber gambar: zmonline.com
Sebaik sahaja anda telah memuat naik beberapa gambar yang berkualiti dan menjadikan profil anda kelihatan menarik, inilah masanya untuk menarik perhatian semua orang.
Matlamat anda adalah untuk mendapatkan lebih banyak pengikut Instagram, dan juga lebih banyak likes dan komen pada gambar anda.
Terdapat beberapa cara untuk meletakkan gambar anda dalam radar orang ramai dan mendapatkan lebih banyak pengikut.
Untuk menjadikan gambar Instagram anda menarik perhatian ramai orang, anda harus pertimbangkan untuk menggunakan hashtags.
Sumber gambar: sproutsocial.com
Menambah hashtags apabila anda menghantar foto yang bermakna bermakna imej anda akan muncul dalam ‘hashtag feeds’.
Pastikan anda hanya menggunakan hashtags yang  berkaitan dengan foto anda.
Anda tidak perlu spam post anda dengan berpuluh-puluh hashtags yang tidak relevan kerana itu akan membuatkan anda kelihatan seperti seorang spammer.
Selain hashtags, salah satu cara yang paling mudah untuk mempamerkan gambar-gambar anda kepada Instagramers yang lain adalah dengan mengikuti orang lain.
Anda hanya perlu cari seseorang yang memiliki gambar seperti anda dan follow pengikut orang itu.
Mereka akan mendapat notification bahawa anda sedang mengikuti mereka dan ramai daripada mereka akan melihat profil anda.

Langkah 3: Pastikan anda aktif dengan followers Instagram anda


Ketika semua orang sedang taksub mengumpul follower, ia adalah lebih penting untuk membuatkan pengikut anda gembira jika anda mahu membina hubungan dengan mereka dan mendapatkan yang terbaik daripada pengalaman Instagram anda.
Pertama, anda perlu kerap posting supaya orang tidak akan lupa siapa anda.
Tetapi pada masa yang sama, anda mungkin tidak mahu untuk posting terlalu kerap.
Tiada apa yang lebih teruk selain daripada berkongsi beberapa foto secara serentak kerana ia akan mengambil banyak ruang dalam feed pengikut anda.

Jika seseorang tidak suka salah satu daripada gambar-gambar anda, kemungkinan bahawa mereka masih akan terus mengikuti anda.
Tetapi apabila anda menyiarkan tiga gambar secara berturut-turut, anda mungkin akan kehilangan seorang pengikut.
Ingatlah bahawa kualiti adalah lebih baik daripada kuantiti, dan ianya jauh lebih baik untuk berkongsi hanya gambar yang berkualiti, walaupun anda jarangposting.
Untuk menjadikan gambar anda lebih menarik dan berharga kepada pengikut anda, letakkan sedikit keterangan (description) yang menarik atau berguna.
Sumber gambar: pricrandomthought
Anda boleh bertanyakan soalan atau menceritakan kisah di sebalik gambar tersebut atau menambah tips berguna yang berkaitan dengan imej.
Dan akhirnya, jadilah baik untuk pengikut anda.
Beri respons kepada komen dan soalan-soalan mereka.
Ucapan ringkas seperti “Terima kasih” atau menjawab persoalan mereka tentang bagaimana anda mengambil gambar dan aplikasi apakah yang anda gunakan pastinya akan membuatkan anda menonjol...